Sunday, November 22, 2015

Tempat belajar, penting sangat ke?

Asrama atau sekolah harian?
IPTA atau IPTS?
Dalam negara atau luar negara?
Matriks ke diploma?
Jauh ke dekat?
Diiktiraf atau tak diiktiraf?

KENAPA perlu wujudnya perbezaan taraf? Bukankah semuanya atas satu tujuan yang sama? Iaitu semua datang untuk belajar kan?


           Jujurlah, orang yang cakap pasal perbezaan takkan pernah berhenti. Kalau awak dah masuk asrama, awak akan dibandingkan dengan budak sekolah harian, dengan budak MRSM, dengan SBP dengan sekolah teknik dan lain-lain asrama. Seriously, zaman sekarang ini pandang ranking je! Saya ni budak sekolah harian. Setiap kali lepas exam besar, akan wujud satu ranking sekolah-sekolah SBP yang mana PMR/PT3 dan SPM jadi kayu ukur. Oh dan sekolah harian pun tak terlepas dengan ranking antara sekolah harian lain. *sigh*


Bila saya dah masuk universiti,

Sekali lagi timbul isu IPTA vs IPTS.
Diploma vs Matriks vs Asasi vs STPM.


IPTA ada ranking tersendiri jugak. Saya sambung pelajaran kat salah satu IPTA ini, tak terlalu femes. Ranking pun tak setinggi UM, UKM, UPM, USM. Tapi adakah saya malu? Tak! Yang penting niat kita belajar, itu dah cukup kawanku. Kadang-kadang perkara macam ranking ini mengusik minda saya jugak, tapi cepat-cepat saya ingatkan yang tujuan saya sama jugak, masuk universiti sebab nak belajar!


Sekarang ini,
Tak kisahlah kau masuk universiti ke poli ke kolej ke,
Semua pandang cgpa je.


So,
Jangan putus asa kalau sekiranya awak dapat IPTS ke contohnya. Tak bermakna awak dapat IPTS maknanya awak bodoh. Ada je, pelajar straight A's masuk IPTS. Kadang-kadang yang masuk IPTS itu siap ada biasiswa lagi tau. Stop comparing, start accepting, guys!


Dan.
Sayangilah tempat belajar anda.
Ingat! Ada orang yang tak bernasib baik yang tak dapat peluang macam kita. 


2 comments:

Siti Halimah said...

Betullah tu. Setuju sangat.

Nur Aneesa said...

It's not where we're study.
Attitude of that person that's all matters :)

Nice post girl

How clinical postings done during COVID19 season

 Assalamualaikum & helloo I feel like the need to write this because one day I will look back and say, hey I once undergo this. So okay,...